KUALA LUMPUR, 12 APRIL: Meskipun kejadian kebakaran dan letupan di Putra Heights, Subang Jaya pada 1 April, meninggalkan kesan yang amat mendalam kepada penduduk kerana kehilangan tempat tinggal dan harta benda, namun mereka tetap tabah serta berusaha memulakan semula kehidupan.